Sorry-Sorry :"(




Weyy sorry sgt2 la. aku x sengaja la. aku just copy ayt ko yg best and menarik tu. x kan bende kecik nk jadi gadoh pulak.. x kan bende cam tu kite nk b’musuhan pulak. agak2 la bro..harap ko dpt maaf kan aku.


#Sorry again bro !! 

Apex Perlu Kawal Diri Bersosial

Apex Perlu Kawal Diri Bersosial


KUALA LUMPUR – Khairul Fahmi Che Mat ternyata seorang insan yang istimewa bagi kalangan peminat-peminat bola sepak negara ketika ini ekoran prestasi hebatnya mengawal pintu gol skuad Harimau Muda sehingga berjaya membantu menghadiahkan sebutir pingat emas berharga pada Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Apex tangkas menampan keluar sepakan Ferdinand Sinaga untuk membantu kemenangan skuad Harimau Muda membenam dua kali skuad Garuda di bumi sendiri.
Sebelum Apex berangkat ke Indonesia, pelbagai kontroversi telah melanda anak muda itu apabila beliau secara tiba-tiba memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia atau dikenali sebagai Elia ‘jejari runcing’.
Elia mendakwa hubungan mereka telah menjadi mangsa gangguan orang ketiga, namun Apex bermati-matian menafikan tuduhan bekas tunangnya itu dan menyatakan bahawa beliau memutuskan pertunangan mereka kerana tidak serasi lagi bersama.
Setelah itu, timbul pula gosip di blog-blog hiburan yang menyiarkan gambar Apex bersama seorang wanita, Dahlia Teck, sedang melancong di Singapura sambil berpegang-pegangan tangan menunjukkan keintiman luar biasa.
Bagaimanapun, Apex menafikan dirinya menjalin hubungan istimewa dengan Dahlia dan menjelaskan bahawa mereka hanyalah kawan biasa.
Jawapan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan peminat-peminatnya memandangkan apa yang tersiar dan terpamer di mata mereka adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Apex.
Sebelum Apex berangkat ke Indonesia, sekali lagi Apex dilanda kontroversi panas apabila blog-blog hiburan terkenal menyiarkan gambarnya bersama Dahlia dan beberapa gadis seksi berhibur di sebuah kelab eksklusif di Bukit Bintang di sini.
Melalui gambar tersebut, peminat-peminat Apex dapat melihat botol arak yang sudah dibuka diletak di atas meja di hadapannya, sekaligus menimbulkan spekulasi – Apex minum arak kerana mukanya juga kelihatan merah dalam gambar itu.
Bagaimanapun, di dalam kekalutan menghadapi kejohanan bola sepak di Sukan SEA, anak didik Ong Kim Swee ini sempat menafikan dakwaan yang mengatakan dia minum arak, sebaliknya mendakwa mukanya menjadi merah akibat kepanasan di restoran itu.
Kemudian, Apex berangkat ke Jakarta dan kembali membawa pulang kalungan pingat emas Sukan SEA dan dia dijulang sebagai salah seorang wira skuad Harimau Muda serta menerima pujian melangit dari pelbagai pihak.
Malangnya, belum pun panas punggung Apex di tanahair, beliau digegarkan pula dengan isu kontroversi membabitkan wanita bernama Shida Harmi yang dikatakan “pernah tidur” dengan penjaga gol skuad bola sepak negara bawah 23 tahun itu.
Malah, kandungan perbualan menerusi Blackberry Messenger (BBM) yang dikatakan berlaku di antara Apex dan Shida itu panas diperkatakan, apatah lagi setelah skuad Harimau Muda tewas kepada Syria 0-2.
Para peminat semakin panas hati apabila menyaksikan skuad Harimau Muda tewas lagi, 2-3, meskipun telah mendahului skuad Bahrain sehingga perlawanan berbaki 10 minit dan ramai menyatakan bahawa Apex adalah antara faktor kekalahan tersebut.
Penulis mengikut perkembangan anak muda yang berpotensi besar ini dan mengakui bahawa beliau adalah antara penjaga gol yang memiliki kemampuan menjaga gawang yang terbaik di negara ini.
Bagaimanapun, secara sedar atau tidak, Apex semakin hari semakin popular dengan masalah gaya hidup serta rakan-rakan perempuannya.
Kehebatnnya mempertahankan gol negara semakin kurang diberikan perhatian oleh orang ramai.
Sekadar peringatan mudah, Apex harus perlu lebih berhati-hati dengan pergaulan sosialnya yang sebenarnya mampu menggangu tumpuan terhadap pembinaan kariernya sebagai penjaga gawang pasukan bola sepak negara.
Apex harus membawa diri sebagai seorang ahli sukan dan cuba mengelak daripada meletakkan dirinya dalam situasi yang akan hanya membawa gosip liar.
Bergambar dengan botol arak terbuka di hadapan mata sebagai contoh, itu sesuatu yang Apex patut elakkan kerana di zaman di mana sekeping gambar boleh tersebar ke serata dunia melalui sekali tekan butang telefon bimbit, menjadikan Apex perlu berfikir lebih mendalam dengan siapa hendak bergambar dan apa yang ada dalam gambar itu.
Itu hanya sebahagian contoh. Banyak lagi benda lebih baik boleh diberikan perhatian oleh Apex. Dia juga perlu berhati-hati dengan musuh dalam selimut.
Bolos dari Apex membawa makna kekalahan kepada negara dan dikhuatiri bayangan gadis-gadis yang menghantui pemikirannya ketika beraksi mampu menyebabkan beliau ‘tidak nampak bola’ di tengah padang.
Kita semua tahu Apex adalah seorang penjaga gol yang sangat hebat dan aset dalam pembangunan bola sepak negara. Dia harus kekal sebagai satu aset tanpa ada gangguan dari luar.
Namun semua itu terpulang kepada kemampuan Apex mengawal kehidupan sosialnya.
Justeru itu, penulis harap agar Apex dapat memberikan pertimbangan sewajarnya tentang karier yang akan menentukan masa depan beliau dan berhati-hati dalam kehidupan sosialnya agar tidak mengganggu konsentrasi ketika beraksi.
Bukanlah mahu melarangnya dari bersosial, namun patuhilah batas-batas yang telah ditentukan agama dan penulis percaya Apex mampu pergi jauh dan terus maju selepas ini.

Wanita Rogol Lelaki Untuk Dapatkan Air Mani




Zimbabwe – Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.
Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.
Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.
.
Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.
.
Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.
Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.
.
Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.
.
Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.
.
Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.
.
Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.
Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.
.
Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.
Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.
.
Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: “Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut.”
.
Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata “Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini.”
“Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih.”
.
Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.
”Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,”katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.
.
Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang “panas” di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).


Video Malaysia vs Bahrain [Olympic 2012 Qualifier]

Video : Malaysia Vs Bahrain 1-0 | Nazmi Faiz Mansor





Video : Malaysia Vs Bahrain 2-0 | Mahali Jasuli





Video : Malaysia Vs Bahrain 2-3 | 3 Gol Bahrain





Keputusan Penuh Malaysia vs Bahrain
Malaysia 2 - 3 Bahrain



Pelajar Jual Tubuh Cuma Rm10









Kota Kinabalu : Hanya Rm10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukanya sejak berusia 15 tahun lagi.

#Gambar Lina yang sanggup melakukan hubungan seks walaupun masih bersekolah.#