Mayat remaja dikerat sebelum dibakar dua kali di lokasi berasingan

SEORANG penduduk menunjukkan tempat cebisan mayat Nurrahayu ditemui di tanah perkuburan Hindu, Masai, Johor Bahru semalam.
Mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan.
Norrahayu Qomaruddin, 16, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Jun lepas dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai di sini.
“Cebisan pakaian dan rambut mangsa ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang semalam sebelum menghubungi polis.
“Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai kepunyaan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin.
Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun di Ulu Tiram.
Lelaki itu yang kini ditahan reman didapati mempunyai lapan rekod jenayah termasuk melarikan orang, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan. – Bernama
Yang ni cerita Ellen share dari Berita Harian
JOHOR BAHRU – Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin  yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.

0 ulasan:

Post a Comment